buang boring bah
Wednesday, January 24th, 2007Dalam suasana yang indah, aku menikmati kenikmatan ini kerana inilah masanya untuk aku melepaskan segala tekanan yang ada. Aku perlu mencari apa sebenarnya yang aku impikan. Apa sebenarnya aku inginkan dalam hidupku. Percintaan yang tiada penghujungnya dan kerjaya aku tidak mencapai apa yang aku impikan. Kebahagiaan adalah cita-citaku. Cinta itu kebahagiaanku dan adanya cinta aku akan terus cuba untuk meneraju hidupku dengan lebih tabah, cekal dan aku lebih berusaha untuk memajukan diriku. Tapi aku gagal. Inilah peluangku untuk ‘berehat’. Aku ingin melapangkan segala yang bersarang dalam otakku dan aku ingin bebas untuk melayari hidup ini. Tapi mampu kah aku tanpa cinta di hati?
Hidup umpama roda yang sentiasa akan berputar dan berputar. Dan ini adalah lumrah hidup. Setiap yang buruk pasti akan datang kepadanya satu yang baik. Dan setiap yang baik dan didatangnya yang buruk untuk cabaran hidup. Itu adalah lumrah dunia. Sejauh mana kita memikirkan tentang dunia? Hanya yang kita tahu, untuk mencari sesuatu untuk meneruskan hidup ini. Apa yang kita tahu, kita ingin bahagia. Apa yang ktia tahu kita ingin ketawa. Allah S.W.T. menciptakan kita segala-galanya, namun kita perlu mancari nya. Jangan leka dengan kenikmatan dunia. dan jangan kita leka dengan tidak mengingati padaNya. Dialah kekasih kita yang azali. Dialah yang banyak mencurahkan kasihnya pada diri ini. Itulah yang yang membuat aku bangkit dari kesilapan yang lalu. Ku berharap yang diriku akan lebih memahami diriku dan mencari jalan hidupku yang lebih baik.
Hukum karma, aku percaya padanya. Setiap apa yang kita lakukan pasti akan mendapat ganjarannya. Bukan maksudku semata-mata mendapat ganjaran, kita perlu lakukan sesuatu yang baik. Hukum karma, segala perbuatan mu akan kau peroleh ganjarannya. Itu yang paling tepat. Jika kita pernah mempermainkan hati insan yang benar-benar sayang pada diri kita, dan kau persia-siakan. Satu hari insan yang benar-benar kau sayang akan mempersia-siakan dirimu juga. Itulah hukum karma. Aku pernah laluinya? Pernah. Aku telah mempersiakan kekasihku. Dia terlalu menyayangi diriku dan terlalu mengambil berat atas diriku. Hanya kekerasan yang dilakukannya dan sikapnya aku cuba untuk meninggalkannya. Dan aku memilih insan lain. Tapi akhirnya aku keseorangan kini. Kerna hukum karma. Percaya atau tidak terpulang pada diri kita sendiri.
Terlalu ghairah untuk mendapatkan sesuatu yang belu tentu pasti. Itulah adalah impian. Ghairah? Bukan itu adalah usaha. Inilah yang aku ingin kejar. Impianku. Cinta adalah impianku. Kebahagiaan adalah cita-citaku. Kerana cinta aku bahagia. Kaitan cinta dalam hidupku. Ketenangan bagiku kian hampir pada diriku. Hidupku kini lebih baik dari ’semalam’. Mungkin inilah jalan yang aku imipkan selama ini. Kepuasan hidup tidak akan kita kecapi selagi kita hidup. Walaupun kita mati sekali pun kita tidak akan mencapai satu kepuasan. Pernah kita puas. Pernah! Tapi hanya sifat sementara. Blog ini adalah kata hati dan segala yang aku lihat di sekeliling ku. Aku tahu kita sama manusia namun hati kita berbeza. Ada yang beranggapan diri mereka adalah terbaik, hebat, benar dan tiada siapa yang mampu melawan dirinya kecuali Allah SWT. Setiap manusia mempunyai perasaan ini. Tidak mahu mengalah. Itulah aku. Tidak akan tunduk dan sentiasa menganggap diri adalah yang terbaik dan benar. Tapi kini aku sedar, adakalanya kita perlu tahu pandangan insan lain. Kita perlu dengar kata-kata insan di sekeliling. Jangan terlalu mengikut perasaan. Ikut rasa hati nanti mati. Biasakan kita dengar kata-kata ini. Tapi masih kita mengikut rasa hati. Kata hati dan kata-kata sekeliling cukup untuk mempengaruhi hidup. Aku pernah cuba untuk menyelesaikan masalah yang bagi aku terlalu rumit. Memilih antara yang terbaik. Memilih untuk bahagiakan dirinya. Memilih untuk meninggalkannya. Jika mereka yang sekeliling aku katakan aku tidak memikirkan apa yang aku katakan. Mungkin salah. Mungkin benar. Dalam menerajui hidup ini hanya kita dan pertolongan dari insan sekeliling dan Allah SWT. Setiap hari aku akan berfikir. Apa yang akan aku lakukan. Apa yang mereka fikirkan. Apa pandangan mereka terhadap diriku. Mampukan aku berhadapan dengan hari-hari esok dan seterusnya. Mengapa meletakkan aku sebagai punca permasalahan. Pelbagai masalah yang akan ku fikirkan. Setiap apa yang aku fikirkan aku cuba untuk mencari jalan bahagia. Itu yang pasti.
Kota yang penuh dengan dugaan hidup dan banyak yang cuba untuk menilai diri kita itu adalah lumrah. Hidup mesti hepi? Hepi kah anda? Aku hepi? Tak jugak. Ada masanya aku berduka dan adakalanya ya aku hepi. Tapi apa yang tertanam dalam hati in tak siapa yang tahu. Itulah aku. Seperti kamu juga. Setiap manusia ada rahsianya sendiri yang tidak dapat dikongsi bersama. Tapi rahsia aku? Hanya rahsia kesedihan diriku. Aku bersedih berduka, tak siapa yang tahu. Mungkin dulu aku ada teman berbicara. Teman lelaki ku adalah diari hatiku. Ibuku juga diari hatiku. Tapi kini. Ibu saja tempat ku luah rasa hati. Tapi tidak semua rahsia hati ku luahkan. Teman lelaki? Mungkin dulu. Kerana ingin bersama-sama melalui saat manis dan pahit bersama. KINI? Aku sendiri melayari hidupku. Aku lebih suka menyendiri. aku lebih duka merehatkan diriku sendiri. mengurangkan aktiviti sebelumnya kerana aku tahu setiap manusia perlukan sesuatu yang baru dalam hidupnya. Ini juga yang aku inginkan. Dulu aku kerap leluar hingga balit lewat. Kesihatan mula terganggu. Kerana nak enjoy. Makin hari makin bosan. Itu saja yang dilakukan. Tapi itulah cara aku melepaskan tekananku. Kerana aku hanya mampun memmendam rasa hati. Menahan peritnya dugaan hidupku. Tapi itu bukan jalan penyelesaiannya. Aku lupa akan tanggungjawabku sebagai umatNya. Setiap malam aku menangis mengenangkan jauhnya aku dari sisi Mu Ya Allah. Semakin jauh jarakku dgn Mu Ya Allah. Inilah yang bersarang dalam onak fikiran. Tapi belum terlambat lagi untuk kembali. Dan hanya dengan jalan itu aku akan bahagia.
Jalan kebahagiaan adalah untuk ‘bersama-sama’ denganNya. Dia lah kekasih yang paling setia. Kita perlu berdoa. Tapi kita juga harus berusaha. Dalam kehidupan ku kini, aku boleh dikatakan sudah cuba untuk memperolehi kejayaan. Tamat pengajianku. Sudah mempunyai kerjaya. Dah ada kereta, saving pun dah ada…cuma yang tinggal hanya ibadat, amal, dan seseorang yang akan berkongsi hidup denganku. Maksudku bakal suamiku. Tapi apa yang menjadi ciat-cita ku dari dulu hingga sekarang, adalah kebahagiaan keluarga ku. Keluargaku bahagia, aku juga akan bahagia. Cinta bukan hanya pada kekasih saja. Cinta pada diri sendiri, cinta pada keluarga, cinta pada kawan2 dan sanak saudara. Dan yang penting cinta pada Allah SWT dan rasul2nya.