tentang cinta
Thursday, May 11th, 2006Dalam hidup tok banyak dugaan dan pelbagai rintangan. Hidup semakin hari semakin sukar untuk dilalui. Aku hidup dengan cinta dan penuh dengan keceriaan sebelum ini dan aku ingin kembalikan segala rasa dan perasaaan aku. Mengenali erti cinta membuat aku lebih tidak mengenali diriku, entah mengapa semakin hari semakin hilang rasa cinta aku. Mengapa? Aku mengenali insan A untuk memahami apa sebenarnya hidup dengan adanya cinta. Aku akui aku bahagia pada mulanya. Dan setalah setahun tempoh perkenalan, aku mengetahui diriku telah di permainkan. Insan yang aku percaya, insan yang aku sayang dan insan yang aku puja kini menjadi pisau untuk membunuhku dengan cintanya. Aduh mengapa? Apakah salah aku? Apakah dosa ku? Aku mampu untuk bersabar demi cinta yang aku curahkan padanya. Aku berharap yang dirinya akan berubah namun…..Hatiku meraung kepedihan. Inilah cinta yang aku harapkan.
Setahun kemudian dan tempah percinta masih lagi bertahan…..aku mula langkah ku untuk meninggalkannya namun hatinya masih inginkan diriku. Peluang ku berikan untuk dirinya membuktikan aku adalah segalanya. Akhirnya…. Dia berubah menjadi seorang yang setia pada cintanya tapi malangnya setianya itu diselubungi dengan perasaan cemburu yang teramat. Bagi dirinya aku hanya untuknya dan bukan untuk tontonan umum. AKu juga punya kawan dan aku juga ada kerjaya. Rasa cemburunya menjadi musuhku kini. Bila tiba rasa hatinya gulana dengan rasa cemburu butanya, aku menjadi mangsa pukulnya. Di sumpah seranahnya diriku umpama aku tiada harga diri. Mengaibkan aku depan mata umum cukup menyeksa batinku. Ya Allah, mengapa insan ini telah kau temukan padaku? Itulah yang aku lafazkan. Dan 2005 adalah bermulanya kehidupan aku yang baru. Mungkin bahagia mungkin juga derita. 2005 mulalah detik perpisahan antara aku dan dia. Alasannya adalah kerana keluarga ku. Adakah bagus di jadikan suami insan sepertinya? DAYUS! Belum ku jadikan suami tapi sudah mula menunjukkan belangnya. Aku agak sukar juga untuk melepaskannya pegi dalam hidupku kerana dia lah nyawaku. Cinta kami adalah nadiku. Aku juga tidak tahu sejauh mana harus aku hadapi semua ini. Mampukah aku?
Namun kini, aku lebih mengenali erti sahabat dan erti cinta. Insan yang bertakhta di hatiku…..H. Dialah cahaya hidupku. Cahaya yang menerangi jalan cinta danhidupku kini. Mungkin sukar untuk aku lupakan kisah cinta lamaku namun H mampu membuat hatiku tersenyum. Aku mencintai dirinya dan the way he is. Dialah sahabat dan dialah kekasihku. Ku mohon padamu Ya Allah, berkatilah cinta kami berdua. Amin……